Jagalah maruah anda. Sekali tercalar, ia akan meninggalkan kesan yang lama dalam hidup anda. Orang yang menjaga maruahnya adalah orang yang berada dalam landasan yang betul dan sering melakukan perkara yang betul dan baik.
M : Maruah letaknya di muka. Kerana itu, orang akan menekup mukanya apabila malu.
A : Aura yang baik akan membuatkan maruah anda naik begitu juga sebaliknya.
R : Reputasi mencerminkan maruah anda. Jagalah reputasi diri jangan sampai dipijak
orang.
U : Ungkapan orang terhadap kita menggambarkan sejauh mana maruah kita dinobatkan.
Buruk ungkapan yang keluar maka buruklah maruah kita sedangkan KATA itu adalah
maruah diri. Jadilah insan yg mengotakan kata2. Mereka yg suka bermain dgn kata2 dan
tidak mengotakannya, jatuh dlm golongan org yg tidak bermaruah krn tidak membuat org
percaya kpd kata2nya sendiri. Maka jgn sesekali memungkiri janji dan mengeluarkan
kata2 tanpa usul periksa.
A : Anggapan masyarakat juga mencerminkan nilai maruah kita. Oleh itu, amat penting
menjaga maruah diri agar anggapan anggapan org terhadap kita tdk serong.
H : Harga diri tdk blh dijual beli dan ia juga adalah lambang nilai maruah individu. Jangan
sesekali meletak nilai pada harga diri anda.
Makan telur pun diorang jadikan isu panas !
-
Makin kerap lak aku buat live di Tik Tok dan berposting di sana. Aku punya
post pun lebih pada isu kesihatan jer. Tu pun secara umum. Nak berlebih
lebih ...
4 days ago
No comments:
Post a Comment