Monday, June 21, 2010

Amalan penyediaan makanan untuk elak pencemaran













Sediakan makanan dengan berhati2

@ Basuh semua buah2an dan sayur2an sehingga bersih.

@ Jangan menyediakan makanan tanpa bersarung tangan jika tangan luka.

@ Gunakan peralatan memasak (pisau/papan memotong) yang berasingan bagi bahan mentah dan makanan yang telah dimasak.

@ Pastikan makanan anda dinyahbeku sepenuhnya sebelum dimasak. Makanan perlu dinyahbekukan dengan air paip yang bersih.

@ Pastikan makanan (daging,ayam,telur dan makanan laut)adalah masak sepenuhnya.

@ Panaskan semula makanan yang telah dimasak dengan menyeluruh.Panaskan makanan seperti sup dan rebusan sehingga mendidih.

Hidang makanan dengan baik

@ Hidang makanan yang telah dimasak secepat mungkin dalam pinggan mangkuk yang bersih.

@ Jangan tinggalkan makanan yang telah dimasak pada suhu bilik lebih dari dua jam.

Simpan makanan dengan betul

@ Bahan mentah dan makanan yang telah dimasak harus disimpan dalam bekas berasingan apabila menyimpannya dalam peti sejuk.

@ Makanan yang telah dimasak perlulah dibungkus dengan betul dan disimpan di dalam peti sejuk dalam masa dua jam.

Saturday, June 19, 2010

10 gangguan syaitan ketika solat

Perkongsian yang dianggap amat bermakna,moga2 ia beroleh manfaat dan sentiasa mempertingkatkan mutu ibadah kita kepada Allah Taala.
Antara gangguan itu adalah:

1)Berasa was2 ketika melakukan takbiratul ihram

Saat membaca takbiratul ihram,'Allahu Akbar',seseorang akan berasa ragu2 apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.Sehingga ia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir.Perasaan itu akan berterusan kadang2 sampai imam hampir rukuk.Ibnu Qayyim berkata,"Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mangganggu mereka adalah was2 dalam bersuci(berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat".Was2 itu membuat mereka terseksa.

2)Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

Sahabat Rasulullah,Uthman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,"Wahai Rasulullah,sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan menbuatkan bacaanku salah".Rasulullah menjawab,"Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib"."Apabila kamu berasakan kehadirannya,ludahkan ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah.Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilang gangguan itu daripadaku"(Hadis Riwayat Muslim).

3)Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata,"Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud:"Jika seorang daripada kalian solat syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan.Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu,hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi)saat ia masih duduk dan sebelum salam,setelah itu baru mengucap salam".(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4)Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata,"Rasulullah bersabda yang bermaksud:"Apabila dikumandangkan azan solat,syaitan akan berlari seraya terkentut2 sampai ia tidak mendengar suara azan.Apabila muazin selesai azan,ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari.Apabila selesai iqamat,dia kembali lagi.Ia akan selalu bersama dengan orang yang solat seraya berkata kepadanya,"Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!"."Sehingga otang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat".(Hadis Riwayat Bukhari)

5)Tergesa2 menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata:"Sesungguhnya tergesa2 itu datang daripada syaitan.kerana tergesa2 adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati2,tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.Tidak ada ketenangan atau thuma'ninah.Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa2.Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.
Rasulullah bersabda kepadanya,"Apabila kamu solat,bertakbirlah(takbiratul ihram).Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu,lalu rukuklah sampai kamu benar2 rukuk(thuma'ninah),lalu bangkitlah daripada rukuk itu sampai kamu tegak berdiri.Kemudian sujudlah sampai kamu benar2 sujud(thuma'ninah)dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu".(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6)Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud.Melihat hal itu,Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat."Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan.Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah".Orang itu bertanya,"Apa yang dilakukannya?"Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud."Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,"kata Ibnu Umar(Hadis Riwayat Tirmidzi).

7)Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak,jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda.Kerana itu,selepas takbiratul ihram,pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud.Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan.Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata,"Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat".Rasulullah menjawab,"Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba."(Hadis Riwayat Bukhari).

8)Menguap dan mengantuk

Rasululah bersabda bermaksud:"Menguap ketika solat itu daripada syaitan.Kerana itu,apabila kamu ingin menguap,tahanlah".(Hadis Riwayat Tharbani).Dalam Riwayat lain Rasulullah bersabda,"Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan,hendaklah seseorang itu mencegahnya(menahannya) selagi boleh.Apabila ia berkata 'ha...' bererti syaitan tertawa dalam mulutnya"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9)Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud,"Menguap dan bersin itu daripada syaitan."(Riwayat Thabrani).Ibnu Mas'ud berkata,"Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah.Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara."

10)Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud:"Apabila seseorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak,janganlah sekali2 ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin)atau mencium baunya"(Hadis Riwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka.Semoga kita semua dibebaskan daripada gangguan berkenaan.Bagi yang berasakan gangguan itu,sebahagian atau keseluruhannya,janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Tip mengajar anak mengenai wang

Anda mungkin merasa kurang selesa terhadap tugas keibubapaan.Malah anda mungkin berpendapat,anda tidak begitu yakin dan mahir dalam mengurus kewangan sendiri.

Tetapi anda mungkin tahu lebih daripada apa yang anda buat dan anda akan memainkan watak kritikal dalam membentuk kelakuan anak2 terhadap kewangan.

Bagaimana anda bermula?sebaik sahaja anak anda boleh mengira dan mengenali nilai mata wang,dia sudah pun bersedia untuk mengatur strategi kewangan yang pertama.

Berikut adalah cara untuk mengajar tentang penggunaan wang pada setiap usia. Kanak2 muda pada usia ini,boleh mengenali jenis wang syiling,mempelajari nilai wang dan memahami bagaimana wang boleh berubah kepada barangan.

7-9 tahun pada waktu mereka mula bersekolah,ramai kanak2 sudah pun mula menerima wang saku.Tujuan sekarang ialah untuk memberikan anak anda peluang untuk membuat bajet,berbelanja dan berjimat.Kebanyakan pakar mengakui wang saku berkait rapat dengan tugas tambahan.
Memberi wang tambahan bagi tugasan khas adalah satu langkah yang baik.Jumlah wang saku tertakluk kepada jenis belanja yang dilakukan oleh anak2.Jadi,duduk bersama anak2 dan rancang bajet mingguan atau bulanannya.Jika boleh,beri ganjaran(seperti bonus)kepada anak anda yang berjaya menabung wangnya dengan baik kerana mereka akan berasa teruja apabila "wang membentuk wang".

10-12 tahun,bawa anak anda ke bank untuk membuka akaun simpanan.Biar anak anda mengisi deposit wang dan terangkan tentang faedah yang akan diterima oleh mereka.
Libatkan anak anda dalam perbincangan kewangan keluarga seperti menyediakan bajet,merancang dan berbelanja untuk percutian.
Terangkan kepada anak2 anda mengapa anda menjual kereta mewah dan menggantikannya dengan kereta sederhana harga dan pilihan lokasi percutian yang sesuai dengan bajet.Ia akan mengajar dan membuatkan anak2 lebih faham tentang nilai kekeluargaan,situasi kewangan dan sistem dagang.

13-15 tahun,dedahkan anak anda dengan beberapa perkara berkaitan kewangan seperti saham dan dana.Terdapat beberapa dana dan saham di negara kita yang boleh diambil bahagian oleh kanak2 remaja dalam dunia kewangan dan dekatkan mereka dengannya.