Saturday, June 19, 2010

Tip mengajar anak mengenai wang

Anda mungkin merasa kurang selesa terhadap tugas keibubapaan.Malah anda mungkin berpendapat,anda tidak begitu yakin dan mahir dalam mengurus kewangan sendiri.

Tetapi anda mungkin tahu lebih daripada apa yang anda buat dan anda akan memainkan watak kritikal dalam membentuk kelakuan anak2 terhadap kewangan.

Bagaimana anda bermula?sebaik sahaja anak anda boleh mengira dan mengenali nilai mata wang,dia sudah pun bersedia untuk mengatur strategi kewangan yang pertama.

Berikut adalah cara untuk mengajar tentang penggunaan wang pada setiap usia. Kanak2 muda pada usia ini,boleh mengenali jenis wang syiling,mempelajari nilai wang dan memahami bagaimana wang boleh berubah kepada barangan.

7-9 tahun pada waktu mereka mula bersekolah,ramai kanak2 sudah pun mula menerima wang saku.Tujuan sekarang ialah untuk memberikan anak anda peluang untuk membuat bajet,berbelanja dan berjimat.Kebanyakan pakar mengakui wang saku berkait rapat dengan tugas tambahan.
Memberi wang tambahan bagi tugasan khas adalah satu langkah yang baik.Jumlah wang saku tertakluk kepada jenis belanja yang dilakukan oleh anak2.Jadi,duduk bersama anak2 dan rancang bajet mingguan atau bulanannya.Jika boleh,beri ganjaran(seperti bonus)kepada anak anda yang berjaya menabung wangnya dengan baik kerana mereka akan berasa teruja apabila "wang membentuk wang".

10-12 tahun,bawa anak anda ke bank untuk membuka akaun simpanan.Biar anak anda mengisi deposit wang dan terangkan tentang faedah yang akan diterima oleh mereka.
Libatkan anak anda dalam perbincangan kewangan keluarga seperti menyediakan bajet,merancang dan berbelanja untuk percutian.
Terangkan kepada anak2 anda mengapa anda menjual kereta mewah dan menggantikannya dengan kereta sederhana harga dan pilihan lokasi percutian yang sesuai dengan bajet.Ia akan mengajar dan membuatkan anak2 lebih faham tentang nilai kekeluargaan,situasi kewangan dan sistem dagang.

13-15 tahun,dedahkan anak anda dengan beberapa perkara berkaitan kewangan seperti saham dan dana.Terdapat beberapa dana dan saham di negara kita yang boleh diambil bahagian oleh kanak2 remaja dalam dunia kewangan dan dekatkan mereka dengannya.

No comments:

Post a Comment